Pengikut

Selasa, 26 November 2013

raisha is 2 24112011

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to raisha
happy birthday to you

suka raisha bila nyanyi lagu tu eh. 
alhamdulillah zuriat yang umi kandung dulu dah mencecah umur 2 tahun. time flies too fast kan. dari sekecik2 anak ha dah berlari dah melompat dah bercakap non-stop hokey. macam2 keletah dah keluar. sayangggggggggggggggggg sangat kat raisha aka adik. 

comel tak kek dora ni. geram lak umi dengan kedai kek tu, dah pesan suruh letak wording bagai tapi hampeh dia tak buat grrrrrr. lupa lak nak snap pic raisha tengah potong kek

makanan simple petang tu dari air tangan umi hehehe.
ada kek pisang roti karamel. ada laksa kelantan. ada mihun tak pedas untuk bebudak + mak + bapak budak makan. lepas tu ayam goreng berempah hasil air tangan encik suami.

ulam2an untuk laksa kelantan


sweet dan mask untuk bebudak

goodies

walaupun umi tak mintak hadiah just jemput mereka datang makan dan meraikan birthday raisha tapi dah orang bagi so ambik je lah kannnnnnnnnn

kak elin tengah pujuk adik untuk pakai fancy hat

eh abg irfan main toys gegirl la hahaha

mama raisha n her daughters

antara ofismate yang hadir dan kawan sekolah dulu

en ramlee awang murshid in town

a few days before tu umi dapat wasap daripada cik pengasas ramfc iaitu cik elle yang sudi memberitahu mengenai kedatangan en ramlee awang murshid ke kuantan. beliau memenuhi jemputan dari publisher-mana-entah-lupa-lak untuk  mengadakan promosi bergerak di kuantan parade pada 23-24.11.2013.

thanks a lot elle sebab sudi bagi tau akak. well sejak berkomitmen demi mencari redha sang pencipta, maka umi lebih banyak mendiamkan diri hingga ketinggalan daripada segala segi mengenai hal ehwal ramfc. ye lah....tak sempat akak nak follow semua....tak terkejar adik2 oit....semput ahkak ok. demi komitmen juga yer mungkin umi pun mendiamkan diri maka ada kawan2 juga mendiamkan diri hahaha umi tak salahkan sesiapa eh. dah kita diam tak kan nak suruh orang tergedik2 bermesra tegur kita bagai kannnnnnnn. ada jugak yang mendiamkan diri dengan alasan suami umi gitu ginilah errrr suka hatilah. tak pun kita bagi laluan pada adik2 yang banyak masa terluang untuk mengambil alih setiap aktiviti ramfc tu kan.....orang2 bujang lagi senang nak take part kannnnnnn.

dalam kesibukan berkejaran menjaga makan minum awin yang masih lagi dalam pantang kerana bersunat tu, berkejaran gak membuat persiapan untuk 2nd birthday raisha, hari sabtu kerja sekejap then zasssssssssssss balik rumah angkut anak2 terus ke kuantan parade untuk berjumpa insan tersohor ini. oh ya adik kay telah menelefon umi sebelum tu mengenai kehadirannya juga ke kuantan parade.

sedih pulak rasa sebab dah lama tak berbual bertanya khabar mereka. isteri en ramlee pulak dah keluar shopping mencuci mata di sekitar jadi tak dapat jumpa kak dayang.

amboi3....macam en ramlee menurunkan ilmu penulisan je kat raisha tu eh

ini adik kay or aka datuk kay

my princesses yang sudi or suka mengekor ke mana saja umi pergi ni. wah ayah hantar kaki escort umi ye

adikkkkkkkkkkkkk apesal tangan kat dalam mulut je tu

candid....melayan peminat yang tak putus2. owh magis umi pun en ram dah sign yahooooo

jom3....sesi foto kenangan. entah bila lagilah dapat berceloteh kan. adikkkkkkkk kan umi dah cakap tangan tu keluarkan dari mulut.



sempat jugak umi mengajak en ram and famili dan adik kay ke rumah untuk birthday raisha tapi mereka nak balik cepat ke kl so tak pe lah, tak de rezeki mereka or rezeki umi untuk menerima kunjungan hormat mereka kan uwaaaaaaaaaaaa sedih

awin kena sunat

kebiasaan masa untuk kanak2 lelaki disunatkan ialah during school holidays especially yang masuk umur 12 tahun tu. ok dulu2 masa adik2 lelaki umi bersunat memang umi tak masuk campurlah tapi bila anak sendiri ni semua dari a-z semua umi yang buat tau. bukan mengeluh cuma nak bagi tau je.

bermula dengan mendaftarkan nama awin untuk bersunat secara beramai2 anjuran klinik al farabi, dengan bayaran rm120 setiap peserta ni semua umi yang buat. hahaha kalau nak harapkan en suami yang sibuk kerja tu memang tak bersunat la awin ni.....nasib baik ada umi ye.

pada 17112013 yang lepas keluarlah kami anak beranak ni untuk sesi pendaftaran seawal pukul 8am di masjid negeri kuantan. kesian raisha kena bangun dan mandi pagi2. datang seawal pagi ingatkan bila siap segalanya tu bolehlah bersunat on time oooooo tidak ok. turn awin untuk disunatkan ialah pukul 3.30pm tau. en suami suruh tukar shif ish umi kata tak pe lah dah dia ada kerja so umi jelah yang temankan awin nanti (bizi betul en suami ku itu kan).

kat dalam masjid ada majlis sikit....diberi goodie bag, doa, makan pulut kuning, lepas tu mandi dengan pancuran pihak bomba then berarak beramai2 ke klinik al farabi.

petang datang semula mak aih....serem. bila turn dipanggil, awin mintak suruh pegang tangan umi. raisha pulak umi terpaksa bawa masuk ke dalam bilik doktor sekali, takut dia berlarian entah ke mana2 dengan kak ninanya tu kannnnn. masa awin hold my hand tu, sedih gak la sebab umi dapat rasa mesti disaat dia nak menuju ke alam dewasa ni haruslah dia teringatkan arwah mama dia dan umi pun dapat merasai saat sedih tu. in shaa allah awin....u can rely on me hokey.

adik cakap.....umi awin akit umi awi akit. sabar ye tunggu doktor. rupa2nya smart clamp dah tak digunakan lagi tapi laser ye. fuh perit gak hidung bau kulit dibakar tu

menunggu majlis dimulakan di dalam masjid

ayah dan si bongsu....yang dia sendiri panggil adik hehehehe sweet

suasana di dalam masjid

konon2nya berarak ye bang ha3 padahal berdesup naik kereta cari parking ha tunggu dorang sampai

acara menyuap pulut kuning

meriah

huh lintang pukang susunan gambar ni

ok turn umi lak suapkan pulut kuning

dah siap mandi, tukar baju

kusyuk je semua

berteleku

amboi landing baik ye....jeles umi tau

Rabu, 13 November 2013

bila kerajinan melanda diri ku

yer betul tu. bila gejala kerajinan melanda diri ku ini walla ke dapur la kita menyiapkan menu untuk dimakan kami anak beranak. biasalah bila dah jadi isteri ibu ni kan ha sifat2 rajin tu kena ada yer hehehe cakap tu macam le rajin melampau. eh umi mengaku umi ni ada gak masa malas tu tettttttttttt.

jom lah layan a few pics yang sempat disnap. ada banyak lagi tapi terlupa yang lebih kwang3, sedar2 dah masuk perut masing2.

ha yang ni ialah salad bila semangat nak kurus tu menjelma dulu. sempat le a few weeks duk hadap salad ni during lunch time. lepas tu???? ha sendiri mau ingat le, semangat nasi duk panggil yang lebih hahaha


popia hokeh dengan homemade sos tu. best gak kan dapat buat sendiri then jamu famili makan walaupun time nak buat tu duk berperang dengan raisha yang nak menyibuk sama adoi si kecik oit


hah yang sampai berkilat kuali ni ialah sambal hitam. terpaksa buat hokeh sebabnya umi dah miss-comm dengan adik umi and dia pun miss-comm gak dengan kawan dia. ingatkan dapat beli 2 balang sambal hitam jerantut tup3 balik rumah ma dapat belimbing buluh masak hokeh. nak tak nak memang kena buat gak le, kalau tak tak kan nak buang lak kan. best dapat buat sendiri ni dengan kita boleh control tahap kepedasan tu


ni baked macaroni. hanya sos lingam yang dapat menjadi lawannya. 


kek pisang coklat moist. memang sedaplah. entah kat mana umi terjumpa resipi tu masa google, senang nak buat sebab tak payah nak pukul telur marjerin bagai.


ni menu masa menjamu hari raya. umi dan suami bersilat memasak di dapur hokey sambil tu berkejaran mencari si kecik tu


so far this is feveret umi. kalau time hujan or dah tak tau nak makan apa ha cubalah rebus ikan dan cicah dengan budu+tempoyak+cili padi lepas tu sedar2 bertambah dah nasiknya hahaha makan je lah tak payah nak diet bagai kan. umi dah puas berdiet time bujang dulu so sekarang kita makan apa aje. ah pedulilah pandangan orang asal en suami puas hati keh3


ni menu masa sambutan birthday awin yang ke12 baru2 ni. spaghetti memang feveret anak2 dan umi pun dah terjebak sama. serius dulu masa bujang umi fikir susahnya nak masak spaghetti tapi sekarang amboi senang je yer


ha yang ni baru lagi umi buat. pisang + roti karamel. tak sangka memang sedap sangat. ternampak kawan kat fb upload ni, umi nak beli tapi dia kata tak de delivery. so en google ada ha jadilah menu ni kat tangan umi.....en suami pun suka sangat hokey

Jumaat, 8 November 2013

1001 wajah kesayangan famili

wah rasanya dah lama umi tak update or up kan story pasal nur raisha kan. kesibukan melanda kononnnnn. raisha bakal menjangkau umur 2 tahun ni fuhhh macam2 kaler dah dia tunjuk. part mengamuk nak ikut ayah keluar tu tak tahan (opppsss macam cermin diri umi je tettttt). 

lepas tu mulut memang tak boleh duduk diam dah. ada je nak tegur itu ini. umi ni...umi ni....maklum le ikut mulut ayah orang johor ye sayang....memang le tak boleh duduk diam. kalau ikut mulut orang pahang/kelantan umi ni pendiam je lah hahahaha.

ok jom layan pic raisha ni especially untuk sesapa yang merindui our little princess ni (kalau ada la kannnnnn)

alalalala sayang....umi tak tau pun raisha suka doll and stroller ni. nasib baik puteri bawak turun so boleh la raisha tumpang main kejap kan. ok next day umi dah belikan raisha yang baru yey

close-up sket muka bulat yang menurun umi ni hehehe gebusnya sayang

umi nak milk. ok milk time. tangan memang nak cari ket (blanket) sambil menggentel bucu blanket tu

sukaaaaaaaaa ambik tudung umi nak pakai ye. eiiii comel la, anak sape ni

ohhhhh yang ni umi tak boleh tahan. kang umi masukkan raisha lepas tu pos ke mana2 nak tak sayang. boleh dia landing kat atas luggage tu

pic ni masa attend kenduri anak bongsu abang salleh kat jb

tak a nap setelah penat bermain. free style gitu

hoyey ni stroller n baby baru raisha. nak pergi rumah mama pun dia bawak benda ni adoi sayang

taraaaaaa duck face from raisha. comel tak....cakap la comel

raisha with her best friend, puteri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails