Pengikut

Sabtu, 10 September 2011

7 bulan yang bermakna

ok aku memanggggggggggggggggggggggg teruja sangat ni. selain daripada melalui kehidupan sebagai seorang isteri yang aku rasa dah cukup bermakna, alhamdulilah lengkap segalanya..... ni lagi satu keajaiban yang berlaku.

menitik air mata bila melihat ciptaan allah melalui rasa dan perlakuannya. dengan usia kandungan yang memasuki 7 bulan ni ya allah aku suka sangat. lupakan sekejap payah nak tidur ke apa, sakit nak bergerak dan macam2 lagi. tapi aku dapat melihat sendiri baby ku bergerak melalui perut ni. subhanallah..... aku tak tau apa yang baby ku buat di dalam sana, samada dia meregangkan otot ke, tendang aku ke tapi perut ku ini sentiasa aku lihat.... dan memang nampak gerakan tu.

inilah yang dikatakan orang saat manis bakal ibu kan. ku mohon pada mu ya allah semoga zuriat yang akan keluar nanti sihat sempurna segalanya. tak sabar untuk aku menimang cinta kami ini. tapi aku rasa baby ku ini memang suka bermain2.

baby....ayah cakap kan biarlah baby main2 kat dalam tu. maknanya baby umi dan ayah aktif kan. atau baby tak sabar nak keluar jumpa ayah, kak nina, abg awin, abg johan, kak elin, nenek, pakcik makcik semua ek. heheheh tapi jangan keluar sekarang ye sayang.... baru 7 bulan ni. karang jadi kes tak cukup bulan pulak.

baby umi kena keluar bila cukup masa 9 bulan nanti tau.

sekarang umi sibuk sangat dengan hal nak berpindah ke pejabat baru. itu ini semua banyak hal nak dibereskan. kesian kat baby sebab banyak sangat umi kena bergerak. sabar ye baby.

walau terlambat melalui saat ini, tapi syukur kerana allah masih mendengar doa ku

Jumaat, 9 September 2011

oit bising la

serius aku suka balik rumah ma.... ye lah rumah sape lagi aku nak tuju kalau bukan rumah mak sendiri kan. tapi kekangan masa / komitmen ada kalanya susah nak balik ke sana. alah ma pun selalu datang menjenguk rumah anak2 kan (ayat sedapkan hati sendiri hahahaha).

rumah tu ada kenangan tersendiri..... dulu2 ada abah disamping kami. tapi ye lah dia sendiri yang mengundurkan diri untuk keluarga baru jadi hidup mesti diteruskan.

rumah ma itu jugalah yang menjadi saksi pernikahan aku tahun lepas. berlalu sudah hidup alam solo ku yang secara otomatiknya telah bertukar status kepada isteri orang dan ibu segera. meriah.... eh sape kata tak meriah ek, mantan ketua polis pahang iaitu datuk robiah siap datang tau masa kenduri aku tu (alamak tetiba macam ada unsur riak nak menunjuk laks hehehe sori). ma, adik2, saudara mara, pihak ipd jerantut, jiran tetangga dan semua yang terlibat tu aku ucapkan jutaan terima kasih.

ok kita berhenti cerita kat atas tu.
yang sebenarnya aku nak kongsi cerita dengan korang ni pasal kebisingan tahap melampau yang mengganggu ketenteraman awam terutamanya bagi rumah yang mengadap jalan utama jerantut. aku ni dah le kalau nak tidur kena suasana aman tenteram tanpa ada gangguan bunyi dan cahaya.

tapi ya allah.... aku pun tak taulah kenapa jalan kat depan rumah ma tu dijadikan mangsa untuk bebudak berlumba motor dan kereta. bayangkan aku yang matang ni pun payah nak tidur disebabkan oleh kacau ganggu tu, anak2 saudara aku lagilah payah nak tidur. asal malam je dorang berlumba. preng sana preng sini.....memekak tak hengat. yang masa malam merdeka tu lagilah adik aku kata macam nak berperang dah..... gamat entah apa2.

aku ada la berbincang dengan en asben dari aspek perundangan. ye lah kalau boleh disumbatkan semua yang berlumba haram tu ke lokap dan perbincangan kami serius dengan disertai adik ku. wah topik hebat tu hehehe. apesal dorang tu tak pergi berlumba kat dalam kebun getah ke hapa. kan baru betul cabaran tu. dalam gelap apanya. ni dekat kawasan bandar desa tu jugaklah yangdijadikan port. ish aku memang menyampah hangin betul dengan makhluk yang tak memikirkan keadaan orang nak tidur ke apa.

apa2 pun kan.... kepada yang suka berlumba tu tolongggggggggggggggggg le cari tempat yang sesuai untuk korang berlumba. berlumba dapat hadiah untuk negara diri sendiri tak pe lah jugak tapi kalau berlumba dapat mati katak emmm tak ke kerja sia2 namanya tu.

pengakuan.....

hahaha cam gempak je tajuk tu kan. alah ok apa. memang aku nak buat pengakuan pun ni.

1) en asben.....boleh tak lepas ni kita tutup kilang dah (kwang3...). aku harap kalau boleh inilah pengalaman pertama dan terakhir aku mengandung. seksa la dengan peningkatan umur ni, macam2 hal kan. sakit itu sakit ini, lembik la macam2. moody sana moody sini. benda kecik pun bagi aku dah jadi besar. ada je benda yang menyakitkan mata dan telinga. teruk kan aku ni.

2) aku memangggggggggggggggggggggggg takut jarum dan kena cucuk. kalau zaman dolu kala (masa gastrik kuat dulu) aku rela makan ubat daripada dicucuk tau. sakit kan kena cucuk. aku tiap kali pergi check-up memang terperanjat aje. gelak je puan misi tengok ketakutan aku tu hahaha

3) pagi semalam, 8/9/11 hah ambik kau.....sedap je misi tu ambik darah aku kiri kanan lengan ni. pukul 8am ambik atau derma darah dari lengan kiri. lepas tu minum glukos (seksanya nak menghabiskan hehehe). pergi pulak bilik lain check perut. yey.... kedudukan baby ku dah betul. balik pejabat sekejap. lepas tu pergi balik semula ke klinik pukul 10.50am untuk diambil darah lagi. kata misi darah tadi sebelum minum glukos. darah yang diambil kat lengan belah kanan ialah nak tengok paras gula selepas minum glukos. oi takut aku dengan jarum tu. lepas tu barulah boleh makan (kena puasa kalau nak ambik darah tau)

> jadi sekarang kita tunggu je lah keputusan darah tu keluar nanti. harap2 negative la, tak de kencing manis kan. kalau ada maknanya ikut misi tu kata lepas ni kena ambik darah 4x sehari... wah seramnya

4) walaupun baby tak lahir lagi ni tapi dalam kepala dah fikir dah pasang implan kat lengan (macam kawan sekerja aku buat) hahahaha pengsan kalau en asben tau ni. cam ner eh orang lain boleh dapat anak ramai2, terutamanya ma dengan 9 orang anak (yang hidup). tabik la kan.

Rabu, 7 September 2011

3rd n last trimester

alhamdulillah syukur pada mu ya allah.......

usia kandungan ku kini dah berada di tahap terakhir iaitu 3 bulan terakhir kehamilan. takut jugak sebab orang kata masa ni lah risiko kita boleh terrrrrrrrrrrrrbersalin bila2 masa je. pengalaman adik2 sendiri dan adik ipar yang mengatakan bahawa masa ni lah kita kena bersedia dengan beg persalinan baby setiap masa. bagi yang bekerja letak je lah beg tu ke dalam kereta kan senang.... maklum le nanti kalau ada apa2 hal karang terus je bawak beg tu ke hospital berdekatan.

imbas kembali detik 1st trimester yang bagi ku amatlah senang untuk dilalui kerana aku tidak mengalami alahan. tetapi bila masuk je 2nd trimester hah lembik habis....sempat la merasa duduk kat dalam wad kan. eh sekarang pun aku masih lagi lembik di waktu pagi iaitu bila nak berus gigi. mak aih..... habis benda kat dalam tekak ni nak dikeluarkan. menghabiskan masa 10-15 minit di dalam tandas tu memang dah jadi biasa. sisa2 batuk tu masih ada lagi..... tekak ni pulak masa mengandung ni lah nak minum ais je, kan cari penyakit namanya tu.

jadi aku harap untuk tempoh 3 bulan terakhir ni janganlah ada apa2 hal berlaku lagi. minggu depan nak ke terengganu untuk pertunangan johan. lepas tu insya allah bulan depan ke kl untuk majlis konvo elin. semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan menjaga dan membawa kandungan ini.


pesanan kepada kawan2 di facebook:
maaf kerana tidak dapat membalas segala komen yang dilontarkan. fb dah diserang virus. aku cuma dapat membaca notification kalian di email je. sekali lagi terima kasih kerana masih sudi berhubung dengan ku.

Isnin, 5 September 2011

hari raya aidilfitri 2011 - part 2

ok sekarang jom kita layan gambar2 kandid mengada semua ni hahahaha. un-edited ni tau.


yasmeen bila dipanggil untuk bergambar memang payah tapi dia suka enterframe je hahaha tengok la tu. yang pakcik makcik kat belakang tu dari dulu memang merosakkan gambar je

terselit gak badan yasmeen tu hehehe. nina....senyum sket eh

riang ria si bujang berlima.... lelong2.... sape nak beli

yang kecik memang selalu jadi mangsa buli... nasib la adik oit

ha kan dah kata. tengok ada lagi si yasmeen tu hahaha. entah bila dia datang menyelit pun tak tau le

eh apesal semua berdiri tu.... nak tau gak ni

Ahad, 4 September 2011

hari raya aidilfitri 2011 -part 1

selamat hari raya aidilfitri 2011. yey (tapi sedih ni.....sebab fb corrupted.... jadi kat sinilah tempat aku nak mengupdate segalanya yang berlaku disekeliling). yey sekali lagi sebabnya pertama kali beraya dengan gelaran baru hahahaha.

maaflah eh....sebab pertama kali beraya sebagai suami isteri ni kami tak de tema. alahai aku ni kan mak buyung.... recycle je lah baju dinner mana yang aku tu kwang3. jadi tema kami ialah rojak. so korang layan je lah gambar2 mak buyung dengan keluarga ni eh.

ni kat meja depan. amboi sedap menyandar eh bang. nina tu apesal tunduk je

the haris's famili. tema rojak. orang2 johor memang tak boleh tinggal baju melayu teluk belanga dorang kan hehehe. kus semangat tengok keadaan aku ha3

dengan bonda tercinta. begitu ketara pembesaran ku. hanya famili aku, kak chik dan si bujang berlima yang ada kat rumah. fizah dan nijam beraya di rumah mertua. raya ke3 baru dorang balik jerantut

haiiiiiiiiiiii. jom baby kita bergambar dengan ayah

ok umi ampunkan segala dosa awin

acara wajib setelah memohon ampun daripada suami tercinta hehehe sayang sikit eh

sayangggggggg ma

2 budak nakal.... nina dan kakak yasmeen

alah nak gak nina posing lentuk eh. awin kat belakang tu kalau dapat games memang lupa dunia dah

umi dan nina

nenek duk tunggu untuk beraya tu

meja makan kat bahagian dapur. 2 lelaki bujang dalam keluarga ni memang tak bertukar baju hahaha ni kan uniform dorang masa aku kawin dulu. alah selagi elok tu pakai je lah kan

Jumaat, 2 September 2011

pre-hari raya aidil fitri 2011

hah mak buyung ni nak gak menyibuk buat persiapan raya eh. ala benda ni dah jadi rutin aku sejak solo dulu kala kan.

2 3 hari sebelum balik ke rumah bonda aku sibuklah duk membeli kuih raya tunjuk2 (al maklum le dengan keadaan aku yang sarat ni mana boleh nak membakar kuih ke apa kan) untuk bekalan bawak balik ke rumah ma.

alhamdulillah, setelah suami ku menyiapkan segala kerjanya maka bergeraklah kami ke jerantut pada tengahari isnin tu iaitu hari terakhir berpuasa. kelakar pun ada gak bila diingatkan balik. suami ku tu cadangnya memula nak membeli barang2 basah macam daging dan ayam kat kuantan ni je. tapi mak aih....bonet kereta dah penuh dengan barang2 jadi nak membeli masa dalam perjalanan balik tu le.

jalan punya jalan tak jumpa pulak orang menjual daging / ayam kat tepi jalan tu. aku dengan suami dan gabra ni.... ye lah karang beraya tanpa menu utama mana boleh kan. ok sampai rumah ma simpan barang2 dulu lepas tu kami bergerak ke pasar jerantut. alhamdulillah ada lagi orang menjual daging. lega.

hah ni satu hal nak kongsi dengan korang. masa nak beli santan tu borak sedap la. makcik tu ingat lagi aku kawin dengan pegawai polis tahun lepas (kwang3.....siap address tu), dia pun duk kat area rumah ma gak. tup2 masa nak bayar ha amik kau 2kg santan rm24.00. ok bayar je lah. ceh rupa2nya tu harga mencekik darah. kat pasar besar kuantan 1kg baru rm6.00.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails